Beban Kerja Rumah! Kerja Pejabat! Aktiviti Harian Terlalu Sibuk Punca Sakit Belakang Kerap Terjadi? Dapatkan Rawatan Akupuntur Segera!
Anda kerap mengadu sakit belakang ? Lebih lagi apabila bangun pagi, sakit belakang menyerang yang tertumpu pada bahagian bawah belakang badan. Tidak dapat bergerak seperti normal, sakit yang menganggu aktiviti harian anda. Tanda ini anda perlu segera mendapatkan rawatan sakit belakang. Terdapatkan kebaikan akupuntur dalam merawat sakit belakang.
Sakit belakang, atau sakit punggung, merujuk kepada sebarang ketidakselesaan atau kesakitan yang dialami di kawasan belakang tubuh. Kawasan ini melibatkan sebahagian besar tulang belakang, termasuk vertebra, otot, sendi, dan saraf. Sakit belakang boleh bersifat akut (berlangsung singkat) atau kronik (berlangsung lama).
Anda perlu tahu punca sakit belakang kerap terjadi kerana:
1. Kerap Angkat Barang Berat
Aktiviti mengangkatkan barangan berat boleh memberikan tekanan pada bahagian belakang badan. Kekarapan melalkukan aktiviti ini akan menyebabkan sakit belakang. Ramai yang melakukan aktiviti dengan membongkokkan badan untuk mengangkat barangan berat. Membongkokkan badan ketika mengangkat badan adalah cara yang salah. Jika berlaku kecederaan ketika mengangkat barangan berat segera dapatkan segra raawatan sakit belakang.
2. Postur Badan Yang Tidak Betul
Kebiasaannya, ramai yang mengekalkan sesuatu postur habit mengikut keselesaan mereka apabila duduk atau sedang bekerja. Bongkok atau duduk terlalu lama dengan keadaan postur yang tidak betul boleh menyebabkan kesan panjang sakit belakang.
3. Kasut Tumit Tinggi "Heels"
Wanita yang memakai “heels” atau kasut tumit tinggi setiap hari pasti kerap mengalami sakit belakang. Ini kerana ia dapat memberikan tekanan pada tulang belakang apabila memakai kasut tumit tinggi.
4. Stress / Tekanan Kerja
Apabila individu itu mengalami stress atau tekanan kerja yang melampau. Ia lebih mudah untuk mendapatkan sakit belakang kerana tekanan. Gangguan tidur dan juga kurang rehat juga boleh menyebabkan sakit pada belakang.
9 Kebaikan Akupuntur Untuk Rawatan Sakit Belakang
# Akupuntur Bantu Mengurangkan Rasa Sakit Belakang
Kebaikan akupuntur sebagai rawatan sakit belakang ialah dapat mengurangkan rasa sakit. Akupuntur membantu kurangkan sakit belakang dengan merangsang titik-titik tertentu. Ia juga boleh bantu kurangkan kekakuan otot dan tambah aliran darah.
# Akupuntur Baiki Tenaga (Qi) Tubuh
Akupuntur membantu aliran semula tenaga atau Qi dalam tubuh. Ini membantu kurangkan ketidakseimbangan yang boleh menyebakan sakit belakang.
#Akupuntur baiki struktur tulang belakang
Kebaikan akupuntur dalam rawatan sakit belakang ialah ia daptkan membantu selaraskan dan baiki struktur tulang belakang. Ini kurangkan tekanan pada saraf dan tisu di sekitar tulang belakang.
#Akupuntur membantu meningkatkan fungsi saraf
Dengan rawatan akupuntur ia dapat baiki sistem saraf. Kebaikan akupuntur ialah merangsang sistem saraf, membantu meningkatkan fungsi saraf dan dapat mengurangkan kesakitan. Akupuntur boleh dijadikan alternatif dalam rawatan sakit belakang.
#Rawatan Akupuntur Meningkatkan Aliran Darah
Jika anda mengalami sakit belakang boleh daptakn akupuntur sebagai rawatan sakit belakang pertama anda. Akupuntur bantu tingkatkan aliran darah ke kawasan yang sakit. Kebaikan akupuntur ialah dapat membantu bekalkan nutrien dan oksigen untuk pemulihan. Aliran darah yang baik dapat melegakan sakit belakang.
#Kurangkan radang sakit belakang
Sakit belakang akan berlaku keradangan pada bahgaina belakang. Rawatan Akupuntur bantu kurangkan keradangan sakit belakang. Rawatan sakit belakang perlu dilakukan segera sebelum kronik.
#Meningkatkan kualiti tidur
Apabila individu itu mengalami sakit belakang yang kronik, gangguan tidur akan berlaku. Individu yang mengalami sakit belakang tidak dapat tidur yang berkualiti kerana gangguan sakit dan keradangan. Kebaikan akupuntur dalam rawatan sakit belakang ialah dapat mengurangkan kesakitan dan meningkatkan kualiti tidur.
#Kebaikan Akupuntur Di Iswanah Health Care
Iswanah Health Care merupakan pusat rawatan akupuntur di Bangi, Shah Alam, Batu Caves, Rawang Dan Senawang (Negeri Sembilan). Rawatan akupuntur di Iswanah bantu merawat sakit belakang, slip disc, saraf tersepit, dan lain-lain.
#Kaedah rawatan yang selamat
Rawatan akupuntur merupakan satu alternatif rawatan tradisional yang selamat. Tiada ubatan dan pembedehan. Pelbagai peringkat umur boleh mendapatkan rawatan akupuntur.
Kesimpulannya
Akupuntur ialah rawatan alternatif bagi merawat sakit belakang. Ia bukan sahaja bantu segera tetapi juga beri kebaikan jangka panjang. Jika anda mencari cara semulajadi untuk merawat sakit belakang, akupuntur boleh jadi pilihan yang baik.
Rata-rata rakyat Malaysia kerap alami sakit belakang ini. Mungkin ada yang masih takot untuk mendapatkan rawatan segera kerana bimbang tentang pengambilan dan kebergantungan pada ubatan atau pembedehan. Kini anda boleh dapatkan rawatan alternatif, tidak perlu risau akan kesan jangka panjang dan rawatan ini tanpa pembedahan.