fbpx
Lokasi

Batu Caves, Rawang, Bangi, Shah Alam, Senawang & Kota Damansara

Temujanji

Booking Disini

Waktu Operasi

Isnin-Jumaat : 09:30 AM - 06:00 PM Sabtu-Ahad : 09:00 AM - 05:30 PM

7 Kebaikan Akupuntur Bantu Pesakit Diabetes

Share This Post

Pesakit Diabetes! Tahukah Anda Terdapat 7 Kebaikan Akupuntur Dalam Merawat Diabetes.

Rawatan akupuntur telah menjadi subjek perbincangan dalam kalangan mereka yang menghidap diabetes. Ketika diabetes menjadi semakin umum di seluruh dunia, ramai yang mencari kaedah rawatan tambahan untuk mengurangkan kesan penyakit ini. Salah satu kaedah rawatan alternatif yang semakin popular untuk membantu pesakot diabetes adalah kaedah rawatan akupuntur.

Akupuntur adalah bentuk perubatan tradisional China yang melibatkan penyelarasan semula aliran tenaga dalam badan dengan menyucuk jarum ke dalam titik-titik tertentu di badan. Titik-titik tersebut dikenali sebagai “point meridian penting”. Walaupun mungkin terdengar seram untuk sesetengah individu, ramai yang melaporkan kebaikan rawatan ini, terutamanya bagi pesakit diabetes.

Tujuan utama akupuntur adalah untuk menyelaraskan semula aliran tenaga dalam tubuh supaya ia berfungsi dalam keadaan harmoni. Dalam amalan moden, akupuntur digunakan untuk merawat pelbagai keadaan kesihatan, termasuk kesakitan kronik, gangguan tidur, masalah pencernaan, masalah kesihatan mental, serta untuk meningkatkan kesihatan umum dan kesejahteraan terutamanya untuk pesakit diabetes.

“Pesakit diabetes” merujuk kepada individu yang mengidap penyakit kencing manis. Diabetes adalah penyakit kronik yang menyebabkan tahap gula darah tinggi dalam badan. Pesakit diabetes adalah orang yang telah didiagnosis dengan keadaan ini dan mengalami kesan serta gejala yang berkaitan dengannya. Mereka mungkin mengalami masalah seperti kebas yang menyucuk, bengkak kaki, sakit kaki, badan yang cepat penat dan lain-lain.

Berikut adalah tujuh kebaikan rawatan akupuntur yang dapat membantu pesakit diabetes:

1. Mengurangkan Tahap Glukosa Darah:

Kajian menunjukkan bahawa akupuntur boleh membantu mengurangkan tahap glukosa darah dalam badan. Dengan menyelaraskan semula aliran tenaga, akupuntur membantu meningkatkan penggunaan glukosa oleh sel-sel dalam tubuh, yang secara amnya dapat membantu mengawal tahap glukosa darah.

2. Meningkatkan Sensitiviti Insulin:

Pesakit kencing manis sering menghadapi masalah sensitiviti insulin, yang boleh menyebabkan kenaikan tahap glukosa darah. Rawatan akupuntur telah menunjukkan keupayaannya untuk meningkatkan sensitiviti insulin, membantu badan mengawal tahap glukosa dengan lebih berkesan.

3. Mengurangkan Kesan Sampingan Ubat:

Banyak pesakit kencing manis mengambil ubat untuk mengawal tahap glukosa darah mereka. Walau bagaimanapun, kebanyakan ubat ini boleh menyebabkan kesan sampingan yang tidak diingini. Akupuntur dapat membantu mengurangkan kebergantungan pesakit diabetes pada ubat-ubatan tersebut dengan menyediakan alternatif yang lebih selamat.

4. Mengurangkan Tekanan Darah:

Kebanyakan pesakit kencing manis juga menghadapi masalah tekanan darah tinggi, yang boleh meningkatkan risiko komplikasi kesihatan lain. Kajian menunjukkan bahawa akupuntur dapat membantu mengurangkan tekanan darah, membantu dalam pengurangan risiko komplikasi yang berkaitan dengan diabetes.

5. Meningkatkan Kesejahteraan Emosi:

Diabetes tidak hanya memberi kesan fizikal, tetapi juga boleh memberi kesan emosi yang besar. Akupuntur telah dikaitkan dengan peningkatan kesejahteraan emosi, termasuk mengurangkan kebimbangan dan kemurungan, yang mana dapat memberi kesan positif kepada pengurusan masalah pesakit diabetes.

6. Memperbaiki Sistem Pencernaan:

Pesakit diabetes sering mengalami masalah pencernaan, seperti gastroparesis. Kajian juga menunjukkan bahawa rawatan akupuntur dapat membantu memperbaiki pergerakan makanan melalui saluran pencernaan sekaligus dapat membantu mengurangkan gejala tidak selesa yang dialami oleh pesakit diabetes.

7. Menyokong Kesihatan Jantung:

Diabetes adalah faktor risiko utama untuk penyakit jantung. Dengan membantu mengawal tahap glukosa darah dan tekanan darah, akupuntur sekaligus dapat menyokong kesihatan jantung yang optimum pada pesakit diabetes dan mengelakkan daripada risiko yang lebih buruk terjadi terhadap jantung pesakit diabetes.

Kesimpulannya

Dalam kesimpulannya, rawatan akupuntur menawarkan potensi sebagai rawatan alternatif yang berkesan bagi membantu pesakit diabetes mengatasi masalah-masalah dan simptom yang dialami akibat penyakit diabetes yang mereka hadapi. Namun begitu, perlu diingatkan bahawa rawatan akupuntur ini perlukan beberapa kali sesi rawatan untuk memberikan kesan yang optimum.

Banyak individu yang menghadapi masalah diabetes ini telah melaporkan kebaikan yang mereka alami serta perubahan yang mereka alami setelah menerima rawatan akupuntur ini. Akan tetapi, rawatan akupuntur yang bakal diterima perlulah mendapatkan konsultasi dahulu daripada perawat yang bertauliah untuk memastikan perawat tahu tentang sejarah kesihatan dan keadaan sebenar pesakit diabetes.

Artikel lain

7 Kebaikan Akupuntur Bantu Pesakit Diabetes

Pesakit Diabetes! Tahukah Anda Terdapat 7 Kebaikan Akupuntur Dalam Merawat Diabetes. Rawatan akupuntur telah menjadi subjek perbincangan dalam kalangan mereka yang menghidap diabetes. Ketika diabetes